Berita Destinasi

Penduduk terjejas banjir di Sabah, Sarawak menunjukkan trend penurunan

Feb 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Keadaan banjir di Sabah

KUALA LUMPUR,10 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan,dengan 2,039 penduduk terjejas masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8.00 malam tadi berbanding 2,483 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah peduduk terjejas berkurang kepada 1,047 orang daripada 325 keluarga.

Seramai 685 orang ditempatkan di tiga PPS yang masih beroperasi di Beaufort,260 orang di dua PPS daerah Kinabatangan,manakala 102 orang di sebuah PPS daerah Membakut.

18 kampung terjejasdi negeri itu melibatkan 13 di Membakut,tiga di Beaufort dan dua di Kinabatangan.

Semantara itu di Sarawak,jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 992 yang ditempatkan di sembilan PPS di negeri itu.

Sekretariat Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan Mukah mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu 438 diikuti Miri (277),Bintulu (274) dan Sibu (tiga).