Berita Destinasi

Niaga hadapan FBM KLCI dibuka rendah

Feb 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,10 Februari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif diniagakan rendah dalam dagangan awal pada Isnin.

Pada pukul 9.15 pagi ini,kontrak Februari 2025 dan Jun 2025 masing-masing susut 3.5 mata kepada 1,583.0 dan 1,566.5.

Selain itu,kontrak Mac 2025 turun 3.0 mata kepada 1,563.5 manakala September 2025 tidak berubah pada 1,560.5.

Jumlah dagangan sebanyak 715 lot dengan kepentingan terbuka mencecah 34,560 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI susut 5.41 mata kepada 1,585.50 selepas 15 minit dagangan dijalankan.- BERNAMA