Banjir dua negeri, Sarawak paling terjejas

Feb 8, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,8 Februari-Seramai 3,921 orang daripada 1,325 keluarga terjejas banjir di Sarawak,setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Jumlah berkenaan meningkat sedikit berbanding 3,920 orang daripada 1,322 keluarga,tengah malam tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC),Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan sebanyak 21 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan di 12 daerah negeri itu.

"Bintulu kekal menjadi daerah paling teruk dilanda banjir; melibatkan 1,295 orang terjejas.

"Ini diikuti Selangau,784 orang dan Mukah,446 orang," menurut kenyataan tersebut.

Sementara di Sabah,angka penduduk dipindahkan ke PPS kekal 420 orang daripada 106 keluarga,setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Ia membabitkan lima PPS di negeri itu.

"Daerah terjejas adalah Kinabatangan,dengan menempatkan 276 orang di PPS,Keningau (132 orang) dan Tambunan (12 orang)," menurut kenyataan berkenaan.