Berita Destinasi

Roslan Saleh meninggal dunia akibat sakit tua

Feb 7, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Allahyarham Roslan Saleh

KUALA LUMPUR,7 Februari- Pelakon veteran Roslan Saleh,69,menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.00 pagi tadi akibat sakit tua.

Perkhabaran duka itu dikongsikan anak perempuan Allahyarham,Farahanis Roslan menerusi catatan di Facebook.

"Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi," menurut hantaran itu.

Allahyarhan meninggal dunia di rumahnya di Masjid Tanah,Melaka.

Media sebelum ini melaporkan kesihatan Roslan terjejas akibat penyakit diabetes kronik kira-kira empat tahun lepas.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang,Masjid Tanah,Melaka,untuk dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan sebelum dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.

Roslan yang lebih 30 tahun terbabit dalam industri lakonan juga pernah membintangi drama RTM antaranya Dulang Wan Chu,Kutub Utara Kutub Selatan,Burung Kertas dan Kasih dia.