Berita Destinasi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Feb 6, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,5 Februari - Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) meminda kadar duti antilambakan,ke atas pengimportan dawai keluli berlembar bagi konkrit prategasan dari China.

Ia berdasarkan kajian semula dilaksanakan pada 8 Ogos 2024,selepas Southern PC Steel Sdn. Bhd. mengemukakan permohonan mewakili pihak industri.

Kenyataan MITI menyebut,semakan dijalankan bagi menentukan kewujudan perubahan dalam margin lambakan.

"Dua pengeluar yang dinamakan dalam kajian semula itu masing-masing dikenakan duti sebanyak 9.07 peratus dan 3.12 peratus. Manakala,lain-lain pengeksport pada 21.72 peratus," menurut kenyataan MITI.

Kutipan duti akan dikuatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bermula hari ini hingga 24 Disember 2026.