Berita Destinasi

Zon perindustrian diberi keutamaan pelaksanaan rangkaian 5G - Fahmi

Jan 20, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO ARKIB RTM

KUALA LUMPUR,19 Januari-Pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia memberi tumpuan kepada sektor-sektor strategik dengan 67 kawasan zon perindustrian dikenal pasti sebagai keutamaan bagi memastikan manfaat maksimum teknologi itu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan sektor-sektor itu mampu menyokong pembangunan ekosistem digital,meningkatkan kecekapan operasi serta mendorong inovasi dalam pelbagai industri.

"Untuk rangkaian 5G,fokus tidak semestinya untuk capaian 100 peratus. Fokus kita adalah beberapa kawasan yang kita lihat boleh menerima manfaat paling banyak contohnya di kawasan-kawasan perindustrian.

"Ini akan membantusyarikat-syarikat Perusahaan Mikro,Kecil dan Sederhana (PMKS) serta kilang-kilang memanfaatkan teknologi seperti Internet of Things (IoT) dan Big Data yangmemerlukan internet berkelajuan tinggi dan selamat," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan perkhidmatan rangkaian 5G berkenaan juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Industri Revolusi Industri Keempat (MED4IR) yang dijadualkan berlangsung 12 Febuari depan.

Setakat Disember tahun lalu,kadar liputan rangkaian 5G di Malaysia telah mencapai 82.4 peratus dalam kawasan berpenduduk.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina di Pasar Pagi Taman Seri Sentosa di sini hari ini.

Lebih 700 keluarga berbangsa Cina di kawasan Lembah Pantai menerima sumbangan berbentuk baucar bernilai RM150 yang disampaikan sendiri oleh beliau.



Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina di Pasar Pagi Taman Seri Sentosa di Kuala Lumpur hari ini