Berita Destinasi

Sokongan operasi BNM diunjur kekalkan kestabilan kadar jangka pendek

Jan 17, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,17 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat,disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM27.34 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.98 bilion bagi dana Islam.

Pada hari ini,bank pusat berkenaan akan menawarkan dua tender repo berbalik masing-masing tender RM2.2 bilion selama tujuh hari dan tender RM1.5 bilion bagi tempoh 31 hari.

BNM akan turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM3.0 bilion selama tiga hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM630 juta selama tujuh hari.

Selain itu,bank pusat mengumumkan ketersediaan perjanjian repo berbalik,jual dan belian semula dan kemudahan komoditi Murabahah Bercagar untuk seminggu,sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM34.0 bilion dan RM16.6 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA