Berita Destinasi

Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Sabah hari ini

Jan 17, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto hiasan

PETALING JAYA,17 Januari- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Sandakan,Telupid dan Beluran sehingga hari ini.

Manakala,hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Sabah juga melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud),Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat.

METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Johor bermula hari ini hingga Ahad melibatkan kawasan Kluang,Mersing,Pontian,Kulai,Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran itu turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di negeri Sarawak seperti Kuching,Serian,Samarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei,Sibu,Mukah,Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok.