Berita Destinasi

Banjir Rompin, 35 berlindung di satu PPS

Jan 13, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FAIL

ROMPIN,13 Januari - Sebanyak 35 keluarga di Kampung Jawa,di sini,diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi,ekoran kejadian air laut pasang besar.

Kejadian itu menjejaskan beberapa buah kediaman di sekitar Jalan Pantai 4,Kampung Jawa,Kuala Rompin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria dalam satu kenyataan berkata,pihaknya menerima laporan kejadian banjir kilat kira-kira pukul 10.22 malam tadi.

"Berikutan itu seramai 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin bergegas ke lokasi. Kesemua mereka dipindahkan ke tempat selamat iaitu di Balai Raya Kampung Jawa," kata Zulfadli.

Paras air bagaimanapun didapati dalam keadaan berkurangan. Hingga pukul 10.30 pagi tadi,tiada pembukaan PPS di kawasan terbabit direkodkan secara rasmi hasil semakan menerusi aplikasi InfoBencanaJKM.