Melaka siap siaga hadapi banjir

Jan 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

SUNGAI UDANG,11 Januari- Semua agensi di Melaka kini berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di negeri itu.

Exco Kanan Perumahan,Kerajaan Tempatan,Saliran,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka,Datuk Rais Yasin,turut menasihatkan penduduk,khususnya mereka yang tinggal di kawasan rendah,supaya sentiasa berwaspada.

"Oleh itu,pesan saya kepada penduduk Melaka,khususnya di kawasan hotspot banjir,sentiasalah berwaspada dan berhati-hati," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga mengingatkan masyarakat supaya peka terhadap arahan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya berlaku banjir.

Terdahulu,Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka melibatkan beberapa negeri,termasuk Melaka.