Persekitaran kerja kondusif, galakkan penglibatan wanita

Jan 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto RTM

PUTRAJAYA,10 Januari- Persekitaran kerja yang kondusif perlu terus diwujudkan bagi menggalakkan penglibatan wanita.

Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi,Datuk Dr Yatimah Sarjiman berkata ini termasuk penyediaan peluang latihan dan pendidikan bagi mempersiapkan tenaga kerja mahir terutama dalam sektor peralihan tenaga.

"Kerjasama sentiasa menjadi asas kepada inovasi,terutamanya dalam industri yang dinamik seperti tenaga,sama ada projek perdagangan elektrik rentas sempadan atau penerokaan teknologi baharu muncul seperti tenaga nuklear.

"Kepelbagaian dalam pemikiran dan kepimpinan amat penting untuk mencari penyelesaian kepada cabaran yang kompleks.

"Dengan memupuk pasukan inklusif dan memanfaatkan pelbagai perspektif,kami boleh memastikan bahawa strategi kementerian teguh dan ke hadapan," katanya pada Majlis Pelancaran buku Women in Energy di sini.

Majlis disempurnakan Raja Permaisuri Perak,Tuanku Zara Salim.