Berita Destinasi

Fahmi ucap selamat menyambut Hari Natal

Dec 25, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,25 Disember- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian di Malaysia.

"Semoga negara kita yang unik dengan kepelbagaian budaya dan bangsa ini kekal aman,serta harmoni",katanya.

Ucapan ringkas itu dibuat menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook Fahmi Fadzil hari ini.

Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian.