Berita Destinasi

Gudang barang 'hardware' di Limbang terbakar

Dec 25, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto JBPM Sarawak

LIMBANG,25 Disember- Sebuah gudang yang menyimpan barang perkakasan (hardware) di Jalan Pandaruan,Kampung Tuna di sini,terbakar,petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 7 Limbang,Ramlan Marajan berkata sepasukan anggota bersama sebuah jentera telah digerakkan ke lokasi sejauh lima kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.52 petang.

"Gudang berstruktur separuh kekal jenis terbuka yang menyimpan barangan seperti jubin,cat,dan kayu itu musnah 50 peratus akibat kebakaran.

"Kebakaran tersebut turut memusnahkan sebuah lori. Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran,walaupun menghadapi masalah tekanan air yang rendah," katanya menerusi kenyataan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.