Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung Titah Adendum pengampunan Najib

Dec 6, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

KUALA LUMPUR,6 Disember- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Dr Zaliha menjelaskan,kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.

"Untuk makluman,kenyataan media ini adalah PALSU dan tidak pernah dikeluarkan oleh saya.

“Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.