Berita Destinasi

Kilang proses sawit guna AI pertama di dunia

Nov 20, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kilang pemprosesan sawit menggunakan teknologi AI mengurangkan kos dan meningkatkan hasil pengeluaran /FOTO BERNAMA

KUALA KANGSAR,19 November - Kilang pemprosesan kelapa sawit yang pertama di dunia menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dilancarkan di Perak.


Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pengoperasiannya dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing antara 30-35%.


Selain itu,pengaplikasian teknologi canggih dari Brazil ini juga mampu mengoptimumkan hasil dan meminimumkan kos pengeluaran minyak sawit.

“Jika AI efektif dan berkesan,pemegang taruh dalam industri ini harus memberi perhatian terhadap sistem berkenaan kerana kita mempunyai 446 kilang sawit (dalam negara). Ini adalah kilang sawit pertama menggunakan AI,sensor dan pelbagai teknologi terkini,” katanya selepas merasmikan kilang tersebut,di sini.

Bagi memastikan produktiviti pengeluaran kekal mampan,pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan.

Johari turut menyarankan kilang-kilang kelapa sawit dalam negara menggunakan teknologi AI untuk memproses sawit.