Berita Destinasi

Ringgit dijangka mendatar pada 4.34-4.35 berbanding dolar AS - Penganalisis

Oct 27, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ringgit dijangka mencatat urus niaga mendatar pada minggu depan,dalam lingkungan 4.34 hingga 4.35 berbanding dolar Amerika / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,27 Oktober - Ringgit dijangka mencatat urus niaga mendatar pada minggu depan,dalam lingkungan 4.34 hingga 4.35 berbanding dolar Amerika,disebabkan pasaran yang menanti keputusan pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran akan kekal dengan sentimen berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi AS.

Pasaran juga menganggap bahawa ekonomi AS masih kukuh,dan Rizab Persekutuan dijangka melonggarkan dasar monetari secara berperingkat.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyemak turun unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS kepada 3.2 peratus untuk 2025,berbanding 3.3 peratus sebelumnya,disebabkan kelemahan ekonomi Eropah,ketegangan geopolitik,pertumbuhan China yang perlahan,serta dasar perdagangan yang melindungi.