Berita Destinasi

AirAsia perkenal pembungkusan mesra alam bagi semua penerbangannya

Sep 21, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Penggunakan produk biodegradasi,dijangka mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 472 tan setahun,bagi seluruh rangkaian penerbangan AirAsia

BALI,21 September- AirAsia terus meningkatkan amalan kelestariannya menerusi pengurangan sisa plastik dan pelepasan karbon.

Terbaharu,syarikat penerbangan tambamg rendah itu memperkenalkan pembungkusan mesra alam bagi semua penerbangannya.

Menurut Ketua Pegawai Kelestarian Capital A,Yap Mun Ching,pembungkusan itu khusus untuk barangan sekali guna melibatkan jenama makanan dalam penerbangannya.

"Tentunya,kami menjual makanan di dalam penerbangan dan ini merupakan inisiatif besar yang telah diambil oleh Santan. Mereka mempunyai strategi penggantian pembungkusan selama 5 tahun.

"Anda akan dapat melihat bahawa kami sudah mula memperkenalkan alternatif kompos bagi penggunaan plastik di dalam penerbangan,"katanya.

Beliau bercakap pada sesi taklimat mengenai usaha kelestarian syarikat berkenaan,sempena Bali International Airshow 2024.

Penggunakan produk biodegradasi,bagi seluruh rangkaian penerbangan syarikat ini.

Langkah tersebut turut memberi kesan besar dalam kalangan pelancong yang semakin mementingkan alam sekitar dan pendekatan amalan lestari.


AirAsia perkenalpembungkusan mesra alam