Berita Destinasi

NADI perlu turun padang beri maklumat kepada rakyat

Sep 15, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Fahmi Fadzil / Foto BERNAMA

SIPITANG,15 September- Pendekatan 'turun padang' perlu dilaksana Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dalam usaha menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil berkata ini bagi memastikan NADI tidak hanya menjadi platform penyaluran maklumat.

NADI juga menjelaskan dasar-dasar kerajaan,serta isu semasa negara kepada rakyat.

Sementara itu,NADI juga disaran untuk menjalin hubungan dengan usahawan tempatan dalam usaha membantu memasarkan produk mereka secara dalam talian.