Berita Destinasi

Kontrak niaga hadapan FBM KLCI meningkat pada sesi awal

Sep 12, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,12 September- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan meningkat pada awal dagangan Bursa Malaysia Derivatives pada Khamis.

Setakat pada pukul 9.26 pagi,kontrak semasa masing-masing September 2024 menokok 6.5 mata kepada 1,637.5,Oktober 2024 dan Disember 2024 naik 6.0 mata kepada 1,642.0 dan 1,645.0 manakala Mac 2025 meraih 5.5 mata kepada 1,632.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,426 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 49,339 kontrak.

Selain itu,indeks petunjuk utama FBM KLCI meningkat 6.31 mata kepada 1,646.11 selepas 46 minit dagangan dijalankan.- BERNAMA