Berita Destinasi

MADA tidak cadang mohon laksana pembenihan awam

Aug 6, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pengerusi MADA Datuk Dr Ismail Salleh

ALOR SETAR,6 Ogos- Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) tidak bercadang melakukan operasi pembenihan awan kerana Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan taburan hujan akan meningkat pada Ogos,September dan Oktober ini.

Pengerusi MADA Datuk Dr Ismail Salleh berkata operasi pembenihan awan (OPA) yang dilaksanakan selama tiga hari bermula 29 Julai lalu mengambil masa meningkatkan paras takungan empangan.

"Jadi bila pembenihan awan itu berlaku,bukan esok itu terus naik kalau pun hujan,bukan lusa seterusnya terus naik parasnya,kalau pun hujan. Jadi ia mengambil masa apabila tanah lama kering,hujan turun yang mula itu,baru diserap masuk dalam tanah... habis serap,seterusnya ia masuk ke sungai sungai-sungai untuk masuk ke tadahan-tadahan",katanya kepada pemberita di Alor Setar.


Sehingga 1 Ogos,stesen hujan MADA merekodkan bacaan 30 millimeter hujan di Empangan Pedu dan Empangan Muda hasil daripada OPA yang dilakukan selama tiga hari bermula 29 Julai lalu.

Pihaknya berharap lebih banyak hujan yang akan membantu meningkatkan paras takungan air di tiga empangan seliaannya.

Setakat semalam,takungan air di tiga empangan adalah normal iaitu 41.97 peratus melibatkan Empangan Pedu sebanyak 37 peratus,Empangan Muda 7.4 peratus dan Empangan Ahning 80.76 peratus.