Berita Destinasi

Pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang mampu rancakkan ekonomi negara

Aug 3, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Terdahulu,media melaporkan Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mempercepatkan pelaksanaan jambatan tersebut.

PASIR MAS,3 Ogos- Pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang di Pasir Mas,Kelantan dilihat mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan pembangunan di kedua-dua negara,apabila projek infrastruktur itu siap kelak.

Rata-rata penduduk berharap projek yang menghubungkan Rantau Panjang,Kelantan dengan Sungai Golok,Narathiwat itu dapat menjadi pemangkin dalam membantu mencipta peluang pekerjaan baharu kepada penduduk khususnya kepada golongan belia.

"Projek untuk jambatan antara Malaysia dengan Thailand secara tidak langsung akan menambahkan lagi ekonomi kawasan,dengan penduduk sekitar sini dapat tambah peluang pekerjaan yang berkaitan,yang mana sepatutnyalah," kata penduduk,Mazli Hamzah.

"Pandangan saya perkara itu (Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang) amat terbaiklah sebabnya bila jambatan itu dibuka,ia menambahkan ekonomi negara..maknanya kita mahu pergi ke sana (Thailand).. itu dapat membantu orang-orang muda macam saya ini untuk dapat pekerjaan,Muhammad Zaidi Sulaiman.

"Pandangan saya ia (Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang) berita yang baik di mana ini menunjukkan kukuhnya hubungan antara negara kita.. Thailand juga akan buka peluang pekerjaan untuk penduduk di sini khususnya untuk anak muda macam saya,Nur Izzah Athirah Mohd Zamzuri.

Terdahulu,media melaporkan Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mempercepatkan pelaksanaan jambatan tersebut.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,perkara itu antara yang diputuskan semasa pertemuan bersama rakan sejawatan beliau dari Thailand,Srettha Thavisin selepas sama-sama mengadakan lawatan kerja diKompleks Kastam,ImigresendanKuarantin(CIQ) Sungai Golok hari ini.

Selain itu,beliau berkata kedua-dua negara juga memutuskan untuk mempercepatkan pembangunan dan pembersihan muara Sungai Golok yang pastinya akan membantu rakyat Selatan Thailand dan Kelantan daripada masalah banjir.

BERITA BERKAITAN:

Malaysia komited bantu Thailand menangani isu sempadan - Anwar

Projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok dipercepat - Anwar

PM Anwar,Srettha lawat projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok hari ini