
Datuk Seri Hassan Ahmad/ Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,7 Julai- Bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M.
Beliau berusia 82 tahun,anak jati Permatang Sungai Dua,Kepala Batas itu berkelulusan Ijazah Sarjana Usul Al-Fiqh Fakulti Syariah,Universiti Al-Azhar,Mesir.
Kini berkhidmat sebagai Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Darul Hadis,Pulau Pinang sejak 2015.
"Sebab itu sekarang ini saya cuba mewujudkan dan sarankan kepada pihak yang berkuasa supaya pengajaran islam ini supaya menyeluruh memasuki semua bidang sebagai contoh ibadat muamalat,nikah kahwin,kehakiman dan pemerintahan," katanya kepada pemberita di sini.
Datuk Seri Hassan Ahmad (kiri) danTokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa Profesor Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi