Program Jualan Rahmah Bergerak di Sungai Bakap/ KPDN Pulau Pinang
SUNGAI BAKAP,28 Jun- Penjimatan antara 10 hingga 30 peratus barangan keperluan asas dapat dinikmati penduduk setempat menerusi Jualan Rahmah Bergerak di Sungai Bakap,Pulau Pinang.
Ia turut mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan pengunjung di kawasan tersebut. Beberapa pengguna yang ditemui turut mengakui harga barangan diJualan Rahmah Bergerak,Sungai Bakap lebih murah berbanding dan menjimatkan.
"Pada pandangan saya,kalau boleh buat sebulan sekali ataupun kerap buat seperti ini,sebab orang beli sikit-sikit,boleh simpan lama. Jadi,kita tidak perlu ke tempat lain,simpan di rumah sahaja,itu yang senang",kata pembeli,Abu Bakar Rashid.
"Memang sini ada setengah barang sangat murah,sebab itu saya datang,sangat berpatutan semua ini barang,sangat bagus",Tan Fung Hai kepada pemberita di sini.
"Alhamdulillah,bagi orang yang susah macam kami,setakat ini,ada macam ni,alhamdulillah sangat,memang kami nak... sangatlah,jimat",Roziah Iqbal.
Sementara itu,KPDN Pulau Pinang menerusi hantaran di facebook berkata sambutan yang menggalakkan amat dihargai dan mengucapkan terima kasih kepada semua para peniaga dan penduduk setempat yang menyokong Program Jualan Rahmah hari ini.