Berita Destinasi

PDRM terima peruntukan RM1.35 bilion untuk projek pembangunan fizikal 2024

Jun 28, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain/ Foto PDRM

KUALA LUMPUR,28 Jun- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima peruntukan sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berbanding 2023 bagi melaksanakan 12 projek pembangunan fizikal baharu.

Menurut Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain,ia merupakan projek paling banyak diluluskan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Antara projek pembinaan tersebut membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah dan Balai Polis serta perumahan di Kemaman,Kijal,Padang Besar dan Nabawan.

Selain itu,ia turut melibatkan projek pembangunan di Balai Polis Jelutong,Kuarters Perumahan Pulau Pinang serta Bengkel Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Menara Tinjau Pos Batu Putih,Perlis.

Tan Sri Razarudin turut menggesa setiap warga pasukan agar sentiasa mensyukuri nikmat kemudahan dan fasiliti yang disediakan dengan meningkatkan penerapan dan amalan budaya disiplin yang mementingkan kebersihan serta memelihara setiap kemudahan dan fasiliti yang disediakan untuk kesejahteraan bersama.

Beliau berucap sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara,di Bukit Aman.

Pada majlis itu,beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 18 orang pegawai polis dan awam yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan cemerlang masing-masing.