Berita Destinasi

Mayat kedua tragedi bot karam di Johor ditemukan

Jun 24, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mayat Tan Hai Lian,62,ditemukan oleh orang awam hari ini

BATU PAHAT,23 Jun- Mayat kedua kes bot nelayan karam di Minyak Beku dekat sini,Johor pada Jumaat lalu,ditemukan terdampar di Pantai Koris hari ini.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat,Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata,mayat Tan Hai Lian,ditemukan oleh orang awam yang berada di lokasi pada pukul 11.30 pagi.

Mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk tindakan lanjut. Dua lagi nelayan yang terlibat dalam insiden itu masih hilang setakat ini.

Sektor pencarian hari ketiga OP CARILAMAT diperluas melibatkan 129 batu nautika persegi di laut dan 104 batu nautika persegi di udara.

Sebanyak enam buah aset laut dan dua buah aset udara digerakkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Dalam kejadian pada Jumaat lepas,bot dinaiki empat nelayan lelaki dilaporkan karam akibat cuaca buruk ketika hendak memukat ikan.

Mayat pertama dijumpai pada pukul 7.00 malam semalam yang dikenal pasti sebagai Chiah Kah Chong,53.