Salah sebuah rumah yang rosak akibat kejadian ribut awal pagi tadi
KUBANG PASU,23 Jun- Sebanyak 27 buah rumah di daerah sini,Kedah mengalami kerosakan selepas dilanda hujan lebat berserta ribut,awal pagi tadi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan,Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Perpaduan Negeri Kedah,Datuk Halimaton Shaadiah Saad,antara kawasan terlibat adalah Kampung Changkat Setul,Kampung Changhai,Kampung Bendang Tokleh,Taman Meranti,dan Kampung Paya Nongmi.
Turut terlibat adalah Kampung Nongka,Kampung Kota,Kampung Bemban dan Kampung Pulau Kechik.
Katanya,kejadian yang berlaku sekitar pukul 2.30 pagi hingga 3.30 pagi itu turut menyebabkan beberapa rumah rosak teruk.
Halimaton Shaadiah berkata demikiankepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk terlibat. Turut serta,pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).