Berita Destinasi

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

Jun 21, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Fail

KUALA LUMPUR,20 Jun- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis denganoperasi Bank Negara Malaysia (BNM) akanmenyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM42.53 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.34 bilion dalam dana Islam.

Hari ini,bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik meliputi tender RM1.5 bilion bagi 32 hari dan tender RM1 bilion untuk 92 hari.

BNM juga telah mengumumkan ketersediaan kemudahanrepo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM45.0 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM15.4 bilion.- BERNAMA