
Datuk Hasbi Habibollah / Foto BERNAMA
PARLIMEN,2 November – Keupayaan mengesan barangan terlarang di pintu masuk negara perlu diperkukuh menerusi penggunaan teknologi pengimbas kargo lebih canggih.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat,di sini.
Mengulas lanjut,Datuk Hasbi berkata,AI hanya berperanan sebagai alat sokongan dan bukan satu-satunya asas dalam menentukan pelepasan kargo.
Sehubungan itu,pengalaman dan kompetensi pegawai pemeriksa kekal penting,terutama apabila sistem mengesan anomali atau objek meragukan yang memerlukan pemeriksaan lanjut.
Jelasnya lagi,Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang memindahkan aset dan fungsi pemeriksaan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) secara berperingkat sejak 1 Oktober 2025.
Proses itu melibatkan 184 unit mesin pengimbas kargo dan bagasi di pintu masuk utama,dengan 132 unit dilengkapi teknologi berasaskan AI.