
Foto hiasan
MOSCOW,2 November – Aplikasi mudah alih yang digunakan untuk menyalurkan amaran kepada orang ramai mengenai ancaman serangan dron dan bahaya lain di Rusia menjadi sasaran serangan siber besar-besaran pada Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
−
Jurucakap Tentera Udara Ukraine,Yuriy Ignat,mengesahkan kepada AFP,aplikasi berkenaan telah digodam.
Pusat Komunikasi Strategik Ukraine (SPRAVDI) pula menuding jari kepada Rusia berhubung insiden penggodaman itu menerusi satu hantaran di platform X.
Bagaimanapun,pihak berkuasa bandar Kiev memaklumkan aplikasi berasingan yang khusus digunakan untuk menyampaikan amaran di ibu negara itu masih berfungsi seperti biasa.
Insiden serangan siber berkenaan berlaku selepas gencatan senjata sementara di wilayah Kherson,yang membolehkan misi kemanusiaan ke bandar Oleshky,berakhir.-AFP