BERITA PERNIAGAAN

Diskaun tambang feri ringankan beban penduduk Labuan

Oct 30, 2026 IDOPRESS

Reaksi orang awam / Foto RTM

LABUAN,30 Oktober– Penduduk Labuan menyambut baik keputusan kerajaan meneruskan inisiatif diskaun 50 peratus tambang feri bagi warganegara Malaysia,menerusi peruntukan RM7 juta dalam Belanjawan 2027.

RINGKASAN BERITA AI

−

Sementara itu,Razuin Milin berpendapat penjimatan tambang pula membantu mengurangkan perbelanjaan perjalanan secara berulang.

“Sebagai penduduk Labuan,setiap minggu saya akan pulang ke kampung untuk melawat keluarga melihat kemudahan ini amat membantu,khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

“Bagi mereka yang bergaji bulanan mungkin kesannya tidak begitu besar,tetapi bagi golongan berpendapatan rendah,penjimatan ini sangat bermakna,” ujarnya.

Sementara itu,Muharna @ Ana Shariff Mucklie berpandangan,diskaun berkenaan dapat membantu mengurangkan kos perjalanan keluarganya,khususnya ketika pulang ke kampung halaman.

“Saya berasal dari Kudat,Sabah dan biasanya membeli tiket lebih awal. Saya mempunyai enam orang anak,jadi diskaun ini mungkin dapat membantu mengurangkan perbelanjaan kami untuk membeli tiket.

“Kalau menggunakan kapal terbang,harga tiket sekarang RM198 seorang. Jadi,kalau enam hingga lapan orang,jumlahnya boleh mencecah ribuan ringgit hanya untuk pulang ke Sabah,” katanya.

Secara keseluruhannya,penduduk melihat inisiatif itu sebagai langkah yang dapat membantu mengurangkan kos sara hidup,khususnya bagi isi rumah yang bergantung kepada perkhidmatan feri untuk menghubungkan Labuan dengan tanah besar.

Peruntukan RM7 juta menerusi Belanjawan 2027 itu diharap dapat memberikan manfaat berterusan kepada penduduk,sekali gus memudahkan pergerakan mereka bagi urusan keluarga,pekerjaan dan keperluan harian.