
Festival bakal menghimpunkan penyertaan enam negara bagi mengetengahkan kepelbagaian warisan kebudayaan serantau
MELAKA,28 Oktober – Kehadiran 30,000 pengunjung disasarkan ke Festival Pertukaran Budaya: Meraikan Warisan Silang Budaya 2026 yang berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Persembahan-persembahan daripada negara atau negeri terlibat dijadual berlangsung pada 31 Oktober dan 1 November ini.
“Dalam masa sama,perkongsian ilmu juga dilaksana pada festival itu,”katanya selepas Program “Kokenut Shake Dulu” di Melakafm.
Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah amat bertepatan dengan sejarah dan identiti negeri yang sejak berabad menjadi titik pertemuan masyarakat serta pedagang dari pelbagai pelosok dunia.
Festival anjuran Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya menerusi Jabatan Warisan Negara mendapat kerjasama strategik Kerajaan Negeri Melaka dan Pusat Serantau bagi Latihan dan Penyelidikan Warisan Budaya Tidak Ketara di Rantau Asia Pasifik (CRIHAP),di bawah naungan UNESCO.
Tambahnya,penganjuran itu bukan sekadar mengetengahkan persembahan kebudayaan,malah menjadi platform masyarakat dan delegasi antarabangsa mengenali persamaan serta keunikan warisan yang dikongsi merentasi sempadan negara.