
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia
KUALA LUMPUR,28 Oktober – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 melanda Mindanao,Filipina kira-kira pukul 9.11 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menerusi kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan,gempa berkenaan berpusat pada koordinat 5.8 darjah Utara dan 125.5 darjah Timur,kira-kira 107 kilometer tenggara Koronadal City,Filipina.
Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 74 kilometer dan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.