BERITA PERNIAGAAN

Inisiatif PTPTN cerminkan keprihatinan kerajaan terhadap peminjam

Oct 26, 2026 IDOPRESS

Gambar hiasan / RTM

KUANTAN,26 Oktober – Kemudahan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Belanjawan 2027 disambut baik kerana dilihat mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan peminjam,termasuk mereka yang telah menamatkan pengajian dan sedang membina kehidupan.

RINGKASAN BERITA AI

−

Sementara itu,Peguam Syarie,Nur Iman Hakime berkata,inisiatif berkenaan amat membantu golongan muda yang baru memulakan kerjaya untuk mengimbangi komitmen kewangan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Pada pandangan saya,baru-baru ini pengumuman ini memang sangat memberangsangkan dan mendapat sambutan yang baik,sebab ia dapat ringankan beban kewangan ikut ekonomi sekarang,khususnya untuk golongan muda yang baru nak mulakan kerjaya.

“Jadi,ia dapat bantu untuk kita teruskan kepada kos sara hidup dan keperluan asas bila adanya pengumuman untuk belanjawan baru ini”,katanya.

Sementara itu,bagi salah seorang pekerja swasta,Mohammad Afiq Saifulqullah Jefazwin,penetapan bayaran minimum sebanyakRM50 sebulan dapat meringankan komitmen peminjam.

Manakala diskaun 10 peratus mampu menggalakkan mereka membuat pembayaran secara konsisten.

“Pandangan saya,insentif ini sangat baik kerana dapat membantu untuk meringankan beban peminjam. Lepas itu,daripada segi minimum bayar RM50 itu,ia sangat bagus kerana dapat meringankan seseorang itu untuk bayar untuk setiap bulan. Dan peratusan yang diberikan itu,10 peratus itu,ia sangat menggalakkan untuk orang bayar setiap bulan”,jelasnya.

Inisiatif berkenaan diharap dapat membantu peminjam mengurus komitmen kewangan dengan lebih baik,sekali gus memberi kelegaan kepada keluarga serta menyokong kesinambungan akses kepada pendidikan tinggi.