BERITA PERNIAGAAN

Garis panduan kawal selia STRA sedang dimuktamad

Oct 26, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,26 Oktober – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang memuktamadkan garis panduan perancangan bagi mengawal selia aktiviti penginapan jangka pendek (STRA) di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Pihak platform dituntut menggalas tanggungjawab menurunkan penyenaraian premis yang tidak berlesen atau melanggar syarat pelesenan PBT serta mana-mana undang-undang dan peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa.

“Platform berkenaan juga digalakkan menurunkan penyenaraian penginapan yang tidak berlesen atau melanggar syarat ditetapkan,manakala PBT dan agensi penguat kuasa boleh mengambil tindakan berdasarkan undang-undang berkaitan,” katanya ketika menjawab soalan wakil Bukit Bendera,Syerleena Abdul Rashid,di Dewan Rakyat.

Mengulas mengenai cadangan mengehadkan operasi STRA kepada 180 malam setahun,Datuk Aiman Athirah berkata,penilaian impak peraturan telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses penyediaan kerangka kawal selia berkenaan.

Penilaian itu merangkumi kos pematuhan pengusaha dan pemilik premis,potensi pendapatan sewaan,kesan terhadap industri perhotelan dan pelancongan,selain aspek keselamatan serta kesejahteraan komuniti.

Beliau berkata,sebarang penetapan had operasi perlu mengambil kira keseimbangan antara peluang pemilik menjana pendapatan dengan keperluan industri pelancongan dan kepentingan penduduk setempat.