
Foto AFP
LONDON,26 Oktober – lebih 150,000 kediaman di United Kingdom,Perancis dan Jerman terputus bekalan elektrik susulan dua ribut kencang iaitu Ribut Austen dan Boelo,melanda Eropah Utara pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut laporan AFP,kira-kira 90 penerbangan yang disenaraikan di laman web lapangan terbang itu dibatalkan,terutama melibatkan destinasi Eropah seperti Paris,Rome dan Dublin.
Puluhan penerbangan yang dijadualkan mendarat di lapangan terbang berkenaan turut dibatalkan,manakala operasi penerbangan di utara England dan Scotland juga terjejas.
Di Scotland dan utara England,beberapa landasan kereta api serta laluan jalan raya terpaksa ditutup selepas dihalang pokok tumbang.
Perkhidmatan feri merentasi Laut Ireland turut dihentikan akibat keadaan cuaca yang berbahaya.
Agensi kaji cuaca tempatan turut mengekalkan amaran cuaca tahap jingga berikutan keadaan cuaca buruk yang berterusan.
Kejadian itu turut menjejaskan operasi perkhidmatan kesihatan apabila sebuah hospital di kawasan terjejas terpaksa mengehadkan perkhidmatannya kepada kes kecemasan susulan gangguan bekalan elektrik yang turut menjejaskan rangkaian telefon mudah alih. – AFP