
Foto FB Majlis Agama Islam Selangor
SHAH ALAM,23 Oktober– Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan buku Koleksi Terpilih Titah Ucapan Baginda Berkaitan Hal Ehwal Islam Selangor bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda,di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam,Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,pada malam Khamis.
RINGKASAN BERITA AI
−
Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor,Tengku Permaisuri Norashikin,serta Raja Muda Selangor,Tengku Amir Shah.
Orang ramai boleh mendapatkan buku berkenaan menerusi laman web rasmi MAIS di www.mais.gov.my.