
Ketua Pengarah Penyiaran RTM,Datuk Ashwad Ismail
ANGKASAPURI,22 Okt – Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 bukan sekadar mengiktiraf kecemerlangan karya,malah meraikan sumbangan seluruh pemain industri penyiaran dan kreatif negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam pada itu,beliau berkata kerjasama termasuk penyiar swasta dan syarikat media baharu,penting bagi memperkukuh serta memajukan industri penyiaran dan kreatif negara.
“ASA merupakan anugerah berprestij yang mencerminkan kekuatan individu di sebalik tabir dalam memastikan sesuatu karya benar-benar mendapat tempat di hati masyarakat dan penonton.
“Dalam konteks ini,Jabatan Penyiaran berperanan untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan memberikan yang terbaik dari segi kualiti,selain membantu memperkasa dan menyuburkan industri media negara,” katanya.
Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 berlangsung pada 24 Oktober ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada pukul 8.30 malam.
Anugerah berprestij itu akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 serta aplikasi RTMKlik.
ASA edisi ke-37 bertemakan “Segalanya Bermula Di Sini” itu menerima 1,106 penyertaan bagi kategori televisyen,radio (421) dan media baharu (74).
Anugerah itu mempertandingkan 40 kategori televisyen,17 kategori radio dan tiga kategori media baharu,selain dua kategori khas,iaitu Anugerah Khas Juri dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa.