
Foto AFP
BEIJING,22 Oktober – China dan Rusia mengecam campur tangan luar yang dianggap merosakkan kestabilan di rantau Eurasia.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kenyataan berkenaan turut menegaskan bahawa China dan Rusia turut memperbaharui komitmen untuk terus saling menyokong dalam isu yang melibatkan kepentingan teras serta kebimbangan utama masing-masing.
China juga menyatakan sokongan terhadap usaha Rusia dalam memelihara keselamatan,kestabilan,perpaduan negara,pembangunan,kemakmuran,kedaulatan serta keutuhan wilayahnya,selain menentang campur tangan kuasa luar dalam hal ehwal dalaman Rusia.
Bagaimanapun,kenyataan bersama itu tidak menyentuh mengenai kemungkinan pertemuan antara Putin,Xi Jinping dan Donald Trump yang dilaporkan sedang dalam perancangan.
Pada Rabu,pembantu Kremlin Yuri Ushakov memberitahu bahawa persiapan sedang dibuat bagi mengadakan pertemuan yang berpotensi menjadi pertemuan pertama seumpamanya melibatkan pemimpin China,Rusia dan Amerika Syarikat.
Beliau berkata,pihaknya berhasrat memasukkan pertemuan itu dalam agenda sidang kemuncak Asia-Pasifik yang dijadual berlangsung di Shenzhen,China,bulan depan.- AFP