
Foto AFP
RIYADH,22 Oktober – Gabungan pimpinan Arab Saudi yang menentang kumpulan Houthi di Yaman mengesahkan telah memintas dan memusnahkan enam dron yang dilancarkan ke wilayah kerajaan itu,termasuk di kawasan berhampiran kota suci Madinah.
RINGKASAN BERITA AI
−
Jurucakap pakatan gabungan,Turki al-Malki menerusi hantaran di platform X memaklumkan bahawa empat dron pertama berjaya dipintas di Wilayah Timur serta kawasan Madinah.
Beliau kemudiannya mengesahkan pintasan dron kelima di Wilayah Timur,sebelum mengumumkan dron keenam yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi turut berjaya dimusnahkan pada malam Rabu.
Bagaimanapun,jurucakap tentera Houthi,Yahya Saree menafikan penglibatan pasukannya dan menegaskan tiada sebarang operasi dilancarkan jauh ke dalam wilayah Arab Saudi.- AFP