BERITA PERNIAGAAN

Pembangunan cip tempatan berdepan cabaran kos tinggi

Oct 21, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

KUALA LUMPUR,21 Oktober – Usaha Malaysia membangunkan keupayaan reka bentuk cip tempatan berdepan cabaran besar daripada segi kos pembangunan teknologi,khususnya bagi cip yang lebih kompleks.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Jadi,setakat ini,empat daripada tujuh syarikat CSS telah dikenal pasti. Baki tiga syarikat lagi masih belum dilaksanakan.

“Bagaimanapun,pembangunan cip ini memerlukan kos yang tinggi dan bukanlah sesuatu yang murah. Walaupun kita telah memberikan sokongan awal atau ‘jump-start’,dengan nilai token sebanyak RM30 juta hingga RM40 juta,proses untuk menyiapkan pembangunan cip tersebut masih mengambil masa,bergantung pada jenis teknologi dan spesifikasi cip yang ingin dibangunkan,” beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kubang Pasu,Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berhubung jumlah syarikat semikonduktor yang mendapat insentif dalam program Kerangka Insentif Baharu (NIF) di Dewan Rakyat pada Rabu.

Pada masa sama,Datuk Seri Johari memaklumkan,kekangan modal merupakan antara cabaran yang dihadapi syarikat tempatan bagi menceburi aktiviti semikonduktor bernilai tinggi.

Katanya,akses kepada teknologi dan harta intelek sahaja tidak mencukupi,keupayaan mendapatkan pembiayaan,membangunkan produk serta membawa cip tempatan ke pasaran turut menjadi faktor penting dalam membina industri reka bentuk cip negara.