
Anggota keselamatan pengangkutan RATP di dalam stesen Metro Republique yang ditutup ketika pelaksanaan perintah berkurung di beberapa kawasan/ AFP)
PARIS,21 Oktober – Perdana Menteri Perancis,Sebastien Lecornu,merancang mengadakan pertemuan dengan wakil kesatuan sekerja pada Rabu bagi membincangkan isu keselamatan,susulan rusuhan minggu lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Satu lagi demontrasi membantah peningkatan kos sara hidup dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini,anjuran gerakan Yellow Vest dan pelajar sekolah menengah. Sementara itu,kesatuan sekerja turut merancang mengadakan demonstrasi pada 5 November.
Bagaimanapun,pelajar sekolah menengah tidak dijemput menghadiri pertemuan pada Rabu.
Rakaman kejadian rusuhan,rompakan kedai dan bangunan awam dibakar pada hujung minggu lalu mendorong beberapa negara,termasuk Amerika Syarikat,China dan Jerman,mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat masing-masing yang berada di Perancis.
Ketika berdepan kritikan ahli Parlimen,Lecornu mengakui langkah keselamatan yang diambil sebelum ini masih belum mencukupi dan berjanji pendekatan lebih tegas akan dilaksanakan menjelang gelombang demonstrasi seterusnya.-AFP