BERITA PERNIAGAAN

NBC ganti CLP, mekanisme peralihan sedang diteliti

Oct 20, 2026 IDOPRESS

M. Kulasegaran/ RTM

PARLIMEN,20 Oktober- Mekanisme peralihan daripada Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) kepada New Bar Course (NBC) termasuk bagi calon yang masih mempunyai baki percubaan dan tempoh pendaftaran sah sedang diteliti bagi memastikan kepentingan mereka tidak terjejas.

RINGKASAN BERITA AI

−

NBC yang bakal menggantikan CLP akan memberi penekanan lebih menyeluruh terhadap kemahiran praktikal dan kompetensi profesional dalam bidang perundangan.

Kulasegaran berkata NBC merangkumi dua program iaitu Conversion Course (CC) selama tiga bulan dan Legal Practice Postgraduate Certificate (LPPC) selama enam bulan.

Menurutnya,berbeza dengan CLP yang berasaskan peperiksaan bertulis,NBC turut menilai kemahiran praktikal menerusi pentaksiran bersemuka dan lisan.