BERITA PERNIAGAAN

AS sekat DeepSeek China di agensi kerajaan

Oct 20, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

NEW YORK,20 Oktober – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan semua agensi persekutuan menghentikan penggunaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) keluaran syarikat China,DeepSeek,susulan kebimbangan terhadap risiko keselamatan data.

RINGKASAN BERITA AI

−

DeepSeek mencetuskan persaingan sengit dalam industri AI pada Januari 2025 apabila memperkenalkan chatbot berprestasi tinggi pada kos pembangunan yang rendah,sekali gus mencabar dominasi syarikat teknologi AS.

Syarikat itu melancarkan model terbaharunya,V4,pada April lalu sebelum mengemas kini versi yang lebih pantas dan ringan pada bulan ini.

Washington sebelum ini turut menuduh DeepSeek dan beberapa syarikat AI utama China mencuri secara sistematik keupayaan model canggih yang dibangunkan pesaing Amerika.

Di sebalik persaingan itu,AS dan China pada September bersetuju mewujudkan saluran komunikasi bagi menangani insiden berkaitan AI.

Isu berkenaan dijangka kembali menjadi perhatian apabila pemimpin kedua-dua negara bertemu pada sidang kemuncak bulan depan di Shenzhen,China.-AFP