
Foto AFP
JAKARTA,10 Oktober -Kualiti udara berbahaya terus menjejaskan sebahagian wilayah Kalimantan dan Sumatera Indonesia susulan kebakaran hutan dan tanah,dengan 437 titik panas berkeyakinan tinggi dikesan di seluruh negara pada Jumaat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Angka itu terdiri daripada 44 pesawat pengeboman air dan 17 ditugaskan untuk rondaan serta pengubahsuaian cuaca,dengan 55 beroperasi di enam wilayah keutamaan dan enam di tempat lain.
Menurut sistem pemantauan kementerian,Kalimantan Tengah mencatatkan 122 titik panas setakat 9 malam waktu tempatan pada Jumaat,meningkat daripada 86 pada Khamis,manakala Sumatera Selatan merekodkan 107,turun daripada 130.
Jambi menunjukkan peningkatan daripada tiga kepada 15 titik panas manakala Kalimantan Barat meningkat daripada 12 kepada 13 dan Kalimantan Selatan menurun daripada 37 kepada 13. – BERNAMA