BERITA PERNIAGAAN

RUU Makanan (Pindaan) 2026 diluluskan – KKM

Oct 9, 2026 IDOPRESS

Foto KKM

KUALA LUMPUR,9 Oktober– Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Makanan (Pindaan) 2026 bagi memperkukuh kawalan keselamatan makanan serta melindungi kesihatan rakyat daripada risiko makanan yang memudaratkan.

RINGKASAN BERITA AI

−

Antara perubahan utama ialah memperkukuh kawalan terhadap bahan yang bersentuhan dengan makanan,termasuk sarung tangan dan plastik pembungkusan makanan,yang sebelum ini tidak dikawal secara menyeluruh.

“Pindaan itu turut memperkukuh kuasa Ketua Pengarah Kesihatan untuk menangani produk makanan yang memudaratkan kesihatan,termasuk menutup premis makanan yang terbukti menyediakan makanan mengandungi bahan berbahaya,” menurut kenyataan itu.

Selain itu,maklumat berkaitan boleh disiarkan kepada orang awam tanpa perlu menunggu perintah mahkamah.

KKM turut memberi tumpuan kepada pengukuhan aktiviti penguatkuasaan serta kajian semula kadar penalti bagi memastikan tindakan terhadap pelanggaran undang-undang keselamatan makanan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

RUU Makanan (Pindaan) 2026 itu seterusnya akan dibahaskan di Dewan Negara pada penggal yang sama.