
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 Oktober– Sebanyak 455 program pengajian di peringkat diploma hingga doktor falsafah (PhD) telah melalui proses semakan bagi tahun 2026,setakat 30 September lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
“AI tidak boleh hanya dilihat sebagai bidang pengkhususan kerana kalau kita lihat hari ini,daripada segi penggunaan AI sama ada fizikal atau ‘agentic’,ia merangkumi semua aspek.
“Oleh demikian,KPT merancang untuk memastikan 80 peratus kursus bagi program sarjana muda di universiti awam diintegrasikan dengan elemen AI,” katanya di Parlimen di sini,hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Arau,Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengenai langkah KPT memastikan graduan memiliki kemahiran AI bagi menghadapi perubahan pasaran pekerjaan dengan 45 peratus tenaga kerja Malaysia terdedah kepada generatif AI.