BERITA PERNIAGAAN

El Nino semakin kuat, dijangka memuncak pada Disember

Oct 8, 2026 IDOPRESS

Foto Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)

GENEVA,8 Oktober – El Nino akan menjadi semakin kuat sebelum mencapai tahap kemuncak pada Disember.

RINGKASAN BERITA AI

−

Fenomena itu lazimnya berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan berlanjutan kira-kira sembilan hingga 12 bulan.

Keadaan cuaca berayun antara El Nino dengan fenomena bertentangannya,La Nina dengan keadaan neutral berlaku di antaranya.

“Suhu permukaan laut di kawasan tropika Pasifik tengah dan timur diramalkan meningkat ke paras rekod sepanjang Oktober-November-Disember 2026,mencerminkan pengukuhan fenomena El Nino yang akan mempengaruhi corak cuaca serta memberi kesan kepada ekonomi,ekosistem dan masyarakat di seluruh dunia,” kata WMO.

Ramalan itu berdasarkan konsensus 13 pusat meteorologi nasional dan antarabangsa terkemuka.

Menurut Ketua WMO Celeste Saulo,El Nino sudah terbentuk dengan kukuh dan semakin menguat dengan pantas.

“Jangkaan WMO menunjukkan kebarangkalian hampir 100 peratus bahawa fenomena ini akan berterusan sehingga Februari 2027,dan berpotensi menjadi antara yang terkuat sejak sekurang-kurangnya 1950,” katanya.

Jelas Saulo,El Nino tidak menambahkan haba baharu kepada planet ini,sebaliknya melepaskan haba yang tersimpan di lautan.

“Lautan yang menjadi sumber haba itu adalah yang paling panas pernah kita ukur. Terdapat lebih banyak haba yang boleh dilepaskan,” katanya.

Indeks yang mengukur anomali suhu permukaan laut di kawasan tengah-timur Pasifik khatulistiwa — rantau yang menjadi teras fenomena El Nino — meningkat daripada 1.6 darjah Celsius melebihi paras normal pada Jun kepada 2.5 darjah Celsius pada Ogos.

Bagi tempoh Oktober-November-Disember,anomali itu diramalkan mencecah kira-kira 3.7 darjah Celsius melebihi paras normal.

Jika berlaku,ia akan menjadi paras tertinggi sejak rekod pemerhatian bermula,mengatasi rekod sebelumnya iaitu 2.6 darjah Celsius yang dicatatkan pada 2015-2016.

El Nino sebelum ini menjadikan 2023,tahun kedua paling panas pernah direkodkan,manakala 2024 mencatat rekod tahun paling panas dengan suhu kira-kira 1.55 darjah Celsius melebihi purata era praindustri 1850-1900.

Walaupun El Nino biasanya memuncak antara November hingga Februari,peningkatan suhu yang terhasil lazimnya berlaku kemudian.

Fenomena El Nino kali ini sudah memberi kesan buruk kepada beberapa rantau,termasuk Amerika Tengah apabila haiwan dan tanaman mati akibat kemarau. -AFP