
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi,Datuk Profesor Dr Azlinda Azman
KUALA LUMPUR,4 Oktober – Lebih 1,000 pemimpin mahasiswa dari dalam dan luar negara bakal berhimpun pada Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Hadapan Antarabangsa (iFUTURE) 2026 yang dijadual berlangsung dari 11 hingga 13 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menerusi iFUTURE 2026,peserta turut dijadualkan menyertai pelbagai aktiviti,termasuk Kuala Lumpur iFUTURE Exploris pada 11 Oktober bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai sejarah,warisan dan budaya Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia.
Kemuncak iFUTURE 2026 menyaksikan mahasiswa mengemukakan resolusi rasmi yang mencerminkan pandangan serta aspirasi mereka terhadap masa depan kepimpinan berteraskan nilai.
Penganjuran kali ini menghimpunkan mahasiswa dari lebih 50 negara,termasuk dari negara-negara ASEAN,Jepun,China dan Korea.