
World Future Championship (WFC) 2026 dan CIPTRIX Global Competition 2.0 & Global Gateway
CYBERJAYA,3 Oktober– Lebih 1,000 inovator muda,pendidik dan delegasi antarabangsa berhimpun sempena World Future Championship (WFC) 2026 dan CIPTRIX Global Competition 2.0 & Global Gateway,yang berlangsung di Multimedia University (MMU) Kampus Cyberjaya di sini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Presiden World Robotics Sports Organization (WORSO),Rajkumar Sharma,memaklumkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Technology and World Cup 10.0 pada tahun depan.
“Kami mempunyai 15 kategori pertandingan yang memerlukan kepakaran kejuruteraan bertaraf tinggi,dan para pelajar akan berpeluang mempamerkan kemahiran mereka.
“Antaranya ialah pertandingan lumba dron dan robot perang,yang akan diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia,” katanya.
Acara edisi ke-10 itu dijangka menghimpunkan lebih 60 negara dan 3,000 pasukan,dengan 15 kategori pertandingan.
“Sebelum datang ke Malaysia,pasukan dari negara masing-masing telah terlebih dahulu menyertai kejohanan kebangsaan.
“Jadi,pasukan terbaik dari seluruh dunia akan hadir untuk mempamerkan kepakaran mereka dalam robotik,dron dan kecerdasan buatan,” katanya.
Technology and World Cup 10.0 dijadualkan berlangsung di Universiti Multimedia (MMU) pada 30 Januari hingga 2 Februari 2027.