
Foto Bernama
TOKYO,4 Oktober – Seorang anggota Kor Marin Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun yang ditempatkan di Okinawa ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita Jepun berusia 39 tahun,menurut polis pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
−
NHK melaporkan lelaki itu menafikan tuduhan berkenaan.
Amerika Syarikat mempunyai kira-kira 54,000 anggota tentera yang ditempatkan di Jepun,dengan sebahagian besar daripadanya berada di Okinawa.
Kes jenayah termasuk rogol,serangan,langgar lari dan kemalangan melibatkan pemanduan dalam keadaan mabuk oleh anggota tentera AS sebelum ini mencetuskan bantahan di Okinawa serta menjadi antara isu yang sering menjejaskan hubungan antara kedua-dua sekutu keselamatan itu.-AFP